Kerajaan Indonesia dan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan program Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) untuk anak-anak pekerja Indonesia di negeri itu.
Sebagai badan pengurus, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak akan memastikan setiap CLC berdaftar di negeri itu beroperasi dengan kondusif dan memenuhi kriteria pendidikan yang seragam.